jomlah gi rumah kita seks kahwin lelaki pompan shhh! mencari sesuatu? nak cakap apa kan? mari kita lihat sapa yang menang! cap jari? tak boleh kurang? emel kita ?

 





Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali (Arzachel)

 


Abu Ishaq Ibrahim ibn Yahya al-Zarqali (Arzachel)

Abu Ishaq Ibrahim ibn al-Zarqali, dikenali di Barat sebagai Arzachel, ialah seorang Arab Sepanyol. Beliau adalah ahli astronomi yang termasyhur pada zamannya.

Al-Zarqali mengadakan beberapa kajian astronomi di Toledo (Arabic Al Tulaytalah) dan menyusunnya dalam apa yang dipanggil Daftar Toledan yang terkenal. Beliau memperbetuli data geografi daripada Ptolemy dan Al-Khwarizmi. Beliau membetulkan taksiran Ptolemy mengenai jarak Lautan Mediterranean khususnya daripada 62 darjah ke anggaran yang lebih tepat iaitu 42 darjah. Data Toledo tersebut diterjemah ke dalam bahasa Latin dalam abad ke-12.

Al-Zarqali adalah orang yang pertama membuktikan secara yakin mengenai pergerakan Aphelion yang berkaitan dengan bintang-bintang. Beliau mengukur kadar pergerakannya pada 12.04 saat setiap tahun, hampir dengan kadar perkiraan moden iaitu pada 11.8 saat. Al-Zarqali mencipta sebuah alat pengukur astrologi yang dikenali sebagai Safihah. Butir-butir lanjut mengenainya disiarkan dalam bahasa Latin, Hebrew dan beberapa bahasa Eropah. Copernicus meluahkan rasa terhutang budinya serta banyak menukil hasil-hasil kerja al-Battani (Albategnius) dan al-Zarqali (Arzachel) dalam bukunya yang terkenal 'De Revoutionibus Orbium Clestium'. Setelah al-Zarqali, Beer dan Madler juga menyebut mengenai sifat permukaan bulan dalam hasil kerja mereka yang terkenal iaitu Der Mond (1837). Lebih daripada 60 batu garis pusat, bahagian kelapannya rata dan dikelilingi oleh gunung- ganang dan bertingkat-tingkat yang menjangkau setinggi 13,000 kaki di atas kawasan bahagian dalamnya. Ia juga mengandungi beberapa bukit dan kawah gunung berapi serta sebuah rekahan yang menonjol di bahagian kiri dasar dinding pergunungan di sebelah Barat.